Buasir dikenali dalam dunia perubatan sebagai haemorrhoid. Buasir ialah satu keadaan di mana berlaku pembengkakan salur darah vena di bahagian dubur ( rektum ). Penghidap buasir akan merasa irritasi, kegatalan atau kesakitan bergantung tahap keseriusan penyakit.
Buasir disebabkan oleh tekanan yang berlebihan ke atas salur darah vena di bahagian rektum.
Antara faktor risiko yang menyumbang kepada masalah buasir ialah semasa mengandung, sembelit yang kronik dan cirit- birit.
Salur darah vena boleh terluka dan menyebabkan pendarahan. Pendarahan buasir biasanya selepas membuang air besar dengan warna darah yang merah, cair menitis- nitis.
No comments:
Post a Comment